Laporan: Elias
KUALA KETIL-Andai kata semangat patriotik dalam kalangan anak muda negara ini semakin hilang, khususnya kepada golongan yang sengaja memasang bendera Malaysia secara terbalik, ia ternyata tidak berlaku kepada para pemuda Kampung Tembak B.
Siang tadi, mereka dengan penuh sukarela berganding bahu memasang dan menggantung Jalur Gemilang di sekitar kampung sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
Secara tidak langsung, aktiviti ini mendidik kesedaran umum untuk menghargai erti kemerdekaan yang telah negara capai hasil perjuangan dan pengorbanan payah para pejuang yang telah pergi.
Program ini mendapat sokongan moral apabila bendera-bendera tersebut disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria.

Turut serta dalam aktiviti tersebut ialah Pengerusi Majlis Keselamatan Kampung (MKK) Kampung Tembak, Encik Ilyas Salleh, yang menyatakan rasa bangga dengan semangat kesukarelawanan anak muda kampung.
Beliau percaya bahawa semangat sebegini wajar dijadikan teladan dan diteruskan bagi menghidupkan roh kemerdekaan setiap kali tibanya bulan Ogos.
RENTAS7








Leave a Reply