Anak menangis, lihat ayah, ibu dan adik dalam kereta terbakar

BANDAR LAMPUNG, INDONESIA- Seorang anak hanya mampu menangis dan menjerit meminta tolong saat melihat kenderaan dinaiki ibu bapa, adik dan kakak sepupu mereka terbakar akibat kemalangan.

Insiden menyayat hati itu berlaku di Jalan Tol Sumatra ruas Bakauheni- Terbanggi Besar, Kilometer 96, di Desa Candimas, Natar, Lampung Selatan, hari ini

Tangisan menyanyat hati itu pastinya menyentuh hati siapa sahaja apatah lagi kanak-kanak berkenaan masih kecil dan menjadi yatim piatu sekelip mata.

Dalam satu video yang tular, Vania,9, menangis teresak-esak di tepi jalan tidak jauh dari kenderaan ibu bapa mereka terbakar.

Pricilia Saronka,2, yang terlalu kecil kehilangan kedua orang tuanya dilihat dalam keadaan “tidak mengerti” di sisi kakaknya.

Kenderaan berkenaan terbakar

Media Indonesia melaporkan, Vania sempat membawa keluar Pricilia daripada kereta Honda Civic yang terbabit dalam pelanggaran dengan sebuah lori.

Melalui suara daripada video itu, sepasang suami isteri termasuk seorang bayi dikatakan masih berada dalam kenderaan tersebut.

Ketika kejadian, keempat-empat mangsa dalam kenderaan berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia.

Kesemua mangsa terbabit dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis pernikahan ahli keluarga di Kotabumi, Lampung Utara yang diadakan semalam.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/ayah-mengantuk-dua-anak-jadi-yatim-piatu-sekelip-mata/

Rentas7.com

(Kami di Rentas7.com mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa)

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.