KUALA LUMPUR-Rakyat dinasihati supaya tidak terlalu bergantung dengan pekerjaan lalu ekoran situasi wabak sedang dihadapi ketika ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkata, dalam berdepan cabaran COVID-19, rakyat tidak boleh menganggap norma pekerjaan masa lalu kekal relevan pada hari ini.
“Kita perlu berubah dalam cara bekerja, berfikir, berinteraksi dan bertindak seiring dengan situasi semasa.
“Kita juga perlu menerima hakikat bahawa semuanya akan berubah kepada satu norma baharu,”katanya melalui hantaran di Facebooknya malam tadi.
Dalam kenyataannya itu, beliau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2020 kepada seluruh warga pekerja di Malaysia.
Rentas7.com
Leave a Reply