PH tumbang, Ustaz Ahmad Dusuki bebas berdakwah

KUALA LUMPUR– Usaha dakwah perlu mempunyai kuasa, kata penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau berkata, ini kerana, beliau telah disekat daripada menyampaikan ceramah di stesen televisyen dan radio milik kerajaan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Menurutnya, tetapi sekatan itu bermula semalam akhirnya terlerai disebabkan kehilangan kuasa mereka.

“Maknanya dakwah ini perlu ada kuasa, tanpa kuasa kita akan kehilangan upaya, senang sahaja di perkotak katik oleh sesiapa sahaja.

“Untuk dapat kuasa, maka perlu melibatkan diri dengan politik, di sinilah Islam mengajar ummatnya menggunakan politik Islam yang di ajar oleh junjungan baginda,”katanya hari ini.

Ahmad Dusuki berkata, sikap tidak mengambil berat orang ramai terhadap politik menyebabkan usaha dakwah tidak dapat dikembangkan.

“Selama ini ramai sahaja di kalangan kita membiarkan sahaja kuasa politik di tangan mereka! akhirnya, dakwah tak mampu di kembangkannya.

“Mari kita menggunakan politik Islam sebagai cara kita menghadapi tipu daya musuh-NYA,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.