Penunggang diancam babi melintas jalan

Laluan Kuala Ketil-Parit Panjang di kawasan Kampung Charok Bakap

BALING– Babi hutan yang kerap melintas di laluan Kuala Ketil- Parit Panjang di kawasan Kampung Charok Bakap mengundang bahaya kepada pengguna kenderaan.

Penunggang motosikal dikenali Safuan Said,56, berkata, dia sering melihat babi hutan melintasi laluan berkenaan.

“Saya sendiri dah hampir dua kali kemalangan di kawasan itu kerana babi hutan melintas jalan dengan tiba-tiba.

“Orang lain dah ada yang kemalangan hingga mengalami kecederaan,”katanya hari ini.

Menurutnya, penduduk kampung yang sedia maklum dengan ancaman itu akan memperlahankan kenderaan mereka.

“Tapi bagi orang luar, memang bahaya la. Depa bukan tahu kawasan ni macam mana.

“Selalunya babi kawasan tu melintas pada pukul 4 pagi hingga waktu Subuh,”katanya.

Justeru katanya, pihak berkuasa dituntut memasang papan amaran mahupun mengambil tindakan lain bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.