JDT tunjuk semangat kesukanan tertinggi

KUALA LUMPUR-Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila akur untuk tidak bertanding di Saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL).

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards berkata, kelab JDT telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa mereka tidak diberikan kebenaran untuk tebang ke Doha Qatar bagi menyertai kejohanan itu.

“Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia

“Kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan memahami tindakan atas faktor keselamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pandemik Covid-19,”katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, keselamatan setiap orang termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha adalah satu keutamaan.

“Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021,”katanya.

Semalam, MKN memutuskan keputusan tidak membenarkan juara tujuh kali Liga Super, JDT mengharungi baki pada pusingan zon timur Liga ACL yang akan bermula dari 18 November hingga 13 Disember.

Selain itu, MKN juga melarang baki saingan Piala Malaysia 2020 diteruskan buat masa ini.

Tindakan itu diambil demi memastikan nyawa setiap pemain dan semua yang terlibat selamat daripada ancaman wabak COVID-19.

Rentas7/ foto: JOHOR Southern Tigers

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.