Pelajar perubatan Malaysia di Mesir bantu KKM basmi COVID-19

KUALA LUMPUR- Khidmat para pelajar perubatan Malaysia di Mesir ditagih bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membasmi COVID-19.

Mereka diterbangkan dari Mesir menggunakan pesawat khas untuk pulang ke tanah air.

“Pelajar-pelajar jurusan medic Mesir balik guna pesawat khas untuk bantu KKM masa COVID 19 ni.

“Syabas anda semua, semoga jasa dan khidmat anda diberi ganjaran oleh Allah Azawajalla. Aaminn,”,tulis pelayar internet bernama Azhar Ishak di Facebooknya hari ini.

Perkongsian Azhar Ishak di Facebooknya

Status dimuat naik itu disertakan bersama video yang memaparkan pelajar Malaysia mengaminkan doa sebelum pesawat berlepas.

“Ya ALLAH Engkau berikanlah kesihatan yang baik, sihat waalfiat kepada kami yang bertugas serta penumpang yang terdiri daripada pelajar-pelajar medic Mesir dalam penerbangan ini,” kata petugas pesawat yang membaca doa berkenaan.

Untuk rekod, setakat hari ini Malaysia mencatat peningkatan kes dijangkiti wabak COVID-19 iaitu sebanyak 4,683 kes dan 76 kes kematian.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.