Pemain Kedah buktikan jual ikan bawa pulangan lumayan

KUALA LUMPUR- Pemain pertahanan Kedah Azmeer Yusof menjadikan rutin menjual ikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai sumber pendapatannya ketika ini.

“Ni aktiviti saya ketika PKP ni. Saya niatkan untuk tolong warga Lembah Klang merasai ikan segar. Ni juga pendapatan saya sewaktu PKP ni.

“Selalunya orang akan ‘ bercakap-cakap ‘ kepada si penjual ikan. “Stop say like that”. Cuba dulu masuk ke dalam dunia perniagaan ikan. Anda akan terkejut dengan pulangannya, in syaa Allah,”katanya dalam posting di Facebook.

Azmeer berdiri mengajak pemain mencari sumber baru selain bergantung kepada bola sepak

Melihat tempoh PKP yang dilanjutkan, Azmeer berusia 29 tahun menasihati pemain bola sepak supaya merancang masa depan tanpa bergantung pendapatan kepada sukan berkenaan.

“Apa yang saya lihat termasuk dengan diri saya sendiri, kita terlalu mewah. Apa yang kita nak semua kita dapat. Tetapi kita lupa dikemudian hari.

“Selepas kita semua berhenti main bola sepak, apa pekerjaan kita? Kita harus fikirkan mulai sekarang.

“Tak selamanya kita berada di atas. Satu masa nanti kita akan landing ke tanah jua dan jadi seperti orang biasa. Jangan malu lakukan apa-apa pekerjaan sekali pun. Yang penting halal di sisi agama Islam,”katanya.

Menurutnya, dia mengajak sahabat ‘sedunia ‘ dengannya supaya kembali kepada yang asal.

“Lupakan bola sepak dan fikirkan ke masa hadapan. Cari pendapatan lain, jangan mengharapkan gaji bola semata-mata.

“Ingat.. tak selamanya bolasepak mahukan kita. Tak selamanya coach mahukan kita. Tak selamanya majikan mahukan kita. Prepare dari sekarang guys!,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.