Orang Melayu jangan termakan provokasi DAP

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mengingatkan orang Melayu supaya tidak termakan provokasi DAP yang dilihat semakin melampau sejak akhir-akhir ini.

Penyelaras PUTRA cawangan Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, salah satu provokasi berkenaan dibuat DAP Sarawak dengan menampal tulisan Cina di beberapa jalan utama di sana.

“Semua pihak amat kesal dengan cara DAP, tapi saya mohon orang Melayu jangan mudah termakan dengan tindakan mereka.

“Kita masih mempunyai badan berkuasa untuk diambil tindakan. Tindakan melulu ke atas kelompok minoriti inilah amat ditunggu-tunggu musuh Islam. Mereka ada agenda tersirat,”katanya hari ini.

Beliau berkata, banyak pihak tidak senang duduk dengan kemakmuran dan keamanan di Malaysia dan mereka akan sentiasa cuba mencari jalan melemahkan negara.

“Kita sekarang diancam kiri, kanan, depan dan belakang. Dalam negara, kita berhadapan pihak yang terus menerus cuba mencuit orang Melayu.

“Di luar sempadan pula, kita diancam dengan kemasukan pendatang haram termasuklah ganggguan kuasa asing di perairan negara.

“Laporan Ketua Audit Negara (KAN) 2018 Siri 3 telah mendedahkan kapal Pasukan Pengawal Pantai China (CGC) dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (Plan) menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 hingga 2019,”katanya.

Katanya lagi, dengan keadaan tidak menentu politik Sabah, pemimpin kerajaan Filipina tidak terlepas dari mengambil kesempatan membuat kenyataan untuk menuntut negeri itu.

“Kerana itu saya katakan keadaan hari ini berbeza. Bukanlah bermaksud kita perlu takut namun sebagai anak Melayu, kita perlu bijak mendepani cabaran ini khususnya melalui pendidikan dan ekonomi.

“Mungkin DAP berani lakukan provokasi kerana mereka ada “abang besar” iaitu China. Kita tidak menuduh, tetapi dengan tindakan DAP yang semakin biadap, perasaan curiga bagi saya perlu ada,”katanya.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/dap-rasis-lagi-tampal-tulisan-cina-di-papan-tanda-jalan/

Tambah Mustaffa, kesabaran orang Melayu mempunyai had dan tidak bermakna mereka diam beerti tunduk.

“Sejarah telah membuktikan orang Melayu satu bangsa yang melawan apabila ditekan dan hak-haknya tidak dihormati.

“Saya nasihatkan DAP berhenti lakukan provokasi sekiranya mahu mereka dihormati selepas ini,”katanya.

Semalam DAP Sarawak menampal tulisan Cina di Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang dan Jalan Greenhill hingga membangkitkan kemarahan ramai

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.