Rawat COVID-19, buang dalam botol?

KUALA LUMPUR- Sesi rawatan yang menunjukkan lelaki “membuang” COVID-19 daripada tubuh seorang warga emas ke dalam botol, tular di media sosial.

Video berdurasi 1.18 saat itu menunjukkan perawat melakukan simbolik menarik sesuatu daripada tubuh lelaki berkenaan sebelum mencampaknya ke dalam botol.

Kedengaran dalam rakaman perawat menyebut perkataan”COVID19 ditanggal atau ditangan (kurang jelas) turun.. turun”.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi video berkenaan diambil.

Video dikongsi pelayar internet itu menerima kecaman, tindakan perawat dianggap melakukan perbuatan khurafat.

“Satu lagi Khurafat atas nama ugama, berdusta atas nama Allah.. Boleh tangkap Covid 19 masuk dalam botol. Malangnya ada juga orang yang percaya.

“Kalau benar boleh buat begini tentu pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz tidak disuruh bina hospital rawat orang sakit. Hanya perintah alim ulama tangkap kuman sahaja,”tulis seorang netizen yang berkongsi video tersebut di Facebooknya.

Di rantau Asia Tenggara Malaysia mencatat kes dijangkiti COVID19 paling tertinggi iaitu 2626 kes dengan 37 kes kematian.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.