Korea Selatan ke Piala Dunia

KUALA LIMPUR-Dua jaringan pada babak kedua mengesahkan kemaraan Korea Selatan ke Piala Dunia 2022.

Korea Selatan mengatasi tuan rumah Syria tanpa balas untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan A.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Dubai UAE itu, skuad bimbingan Paulo Bento memperoleh gol menerusi tandukkan kencang Kim Jin-su pada minit ke- 52 dan rembatan luar dari kotak penalti minit ke-70 oleh Kwon Chang-hoon.

Setelah 8 perlawanan Korea Selatan mengumpul 20 mata dibelakang Iran yang berkelebihan 22 mata.

RENTAS7/FOTO: AFC Asian Cup

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.