KUALA LUMPUR– Malaysia kekal dalam Kumpulan J saingan Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) selepas undian semula dilakukan.
Kumpulan J membabitkan skuad negara, Thailand, Loas dan tuan rumah Mongolia.
Undian dilakukan semula Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas Korea Utara menarik diri dari saingan.
Perubahan hanya melibatkan Hongkong dari Kumpulan I diundi masuk ke dalam Kumpulan K bersama Jepun dan Kemboja.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menghantar skuad bawah 20 tahun (B-20) bagi kempen kali ini menggantikan skuad B-23.
RENTAS7
Leave a Reply