Umat Islam Patani bantu mangsa banjir Malaysia

Sumbangan berbentuk replika cek disumbangkan di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla

PATANI– Sebanyak satu juta baht (RM124,751) diinfakkan rakyat selatan Thailand kepada mangsa banjir di Malaysia.

Memetik Bernama pada 29 Disember lalu, hasil kutipan itu dikumpul secara dalam talian, satu iniastif dilakukan pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah lain.

Terdahulu, Asari menyerahkan replika cek kepada wakil TV3 Tuwaedaniya Muhammad Ridzuan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Masyarakat Islam Patani turut melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan untuk rakyat Malaysia ketika negara sedang berdepan ancaman banjir besar.

Bahkan, ada kampung-kampung terlibat menyumbangkan beras bagi membantu mangsa banjir di negara ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.