Lima anggota gerakan bersenjata Patani maut

NARATHIWAT– Lima ahli kumpulan gerakan bersenjata Patani maut dalam insiden berbalas serangan dengan tentera.

Kejadian berlaku di Gunung Tak Wey mukim bukit, daerah Cho-airong, sebelum waktu tengah hari, semalam.

Pertempuran berlaku selepas tentera melancarkan operasi khas menyerang kumpulan berkenaan, lapor Wartani.

Lima anggota kumpulan itu disahkan mati dilokasi kejadian.

Tentera merampas enam bilah parang, lima laras M16 dan satu laras HK-33 dengan beg begasi milik kumpulan berkenaan.

Rentas7.com/ Photo Thai PBS

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.