Langgar tiga indvidu maut, ayah sanggup bohong polis

Keadaan Myvi dan motosikal tersebut

SEREMBAN– Seorang ayah sanggup menipu pihak polis setelah kereta dipandu anaknya merempuh tiga indvidu hingga maut, hari ini.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan berlaku jalanraya di Jalan Mambau-Port Dickson berhadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung. Mambau jam 6 pagi tadi.

Menurutnya, ia melibatkan sebuah kereta, sebuah motosikal dan seorang pejalan kaki.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Demak yang ditunggang lelaki India berumur 44 tahun bersama seorang pembonceng wanita India berumur 38 tahun sedang dalam pergerakan dari arah Taman Kelab Tuanku Seremban menuju ke arah Hospital Seremban untuk bekerja,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, apabila tiba di tempat kejadian kedua-dua mangsa dirempuh kereta Myvi berkenaan yang masuk ke dalam laluan motosikal.

“Kereta Myvi tersebut telah berpusing lalu melanggar seorang pejalan kaki iaitu wanita Melayu berumur 42 tahun.

“Akibat kemalangan, ketiga-tiga mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi tujuan bedah siasat,”katanya.

Beliau berkata, semasa disoal siasat, seoarang lelaki beruisa 61 tahun mengaku memandu kereta tersebut.

Bagaimanapun hasil siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup di lokasi kemalanga mendapati bahawa pemandu kereta tersebut bukanlah lelaki berusia 61 tahun itu.

Lelaki terbabit akhirnya mengaku pemandu sebenar adalah anak kandungnya iaitu lelaki berumur 27 tahun.

Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan Risikan dan Operasi Trafik Ibu Pejabat Daerah ( IPD )Seremban telah ke lokasi dan menahan suspek iaitu pemandu sebenar pada masa kejadian.

“Suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing dan alkohol adalah negatif. Suspek akan direman untuk tujuan siasatan,”katanya.

Kes disiasat dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan A( 1987 dan Sek 419 Kanun Keseksaan (KK). Siasatan lanjut masih diteruskan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.