BALING– Ribut kuat petang semalam menumbangkan sebatang pokok mangga sebelum menghempap sebuah rumah penoreh getah.
Kejadian pada jam 5.00 petang di Kampung Tebing Tinggi itu turut menjejaskan 16 buah rumah lain di sekitar Kupang.
“Pokok berkenaan menghampap bahagian ibu rumah menyebabkan saya mengalami kerugian dianggar sebanyak RM2,000,”kata Md Ali Abd Latif,68, hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad menziarahi Ali di kediamannya hari ini.
Dalam kunjungan itu, Najmi Ahmad menyampaikan sumbangan tunai bagi meringankan bebanan penghuni rumah.
Rentas7.com
KANGAR : Kerajaan pusat meluluskan peruntukan berjumlah RM507,000 bagi membaik pulih 27 buah sekolah rendah dan 21 sekolah menengah di Perlis yang rosak akibat dibadai ribut dalam kejadian pada Isnin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Katanya kerajaan persekutuan juga menyalurkan wang ihsan RM500 kepada 109 ketua keluarga yang rumah mereka terjejas akibat bencana itu manakala tiga keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan semasa ribut tersebut menerima RM5,000 masing-masing.