Kejuaraan AFF, skrip bosan berulang

JAKARTA– Skrip sama dalam saingan bola sepak Asean berulang apabila Brunei Darussalam hanya menjadi pasukan belasahan kepada lawannya.

Pada saingan Kejuaraan AFF Bawah 19 tahun (B-19) yang membuka tirai petang tadi, Brunei masih belum mampu menyaingi lawan setelah tunduk 7-0 kepada Myanmar dalam perlawanan pertama Kumpulan A.

Brunei bolos 3-0 pada separuh masa pertama sebelum dibolosi 4-0 di babak kedua.

Selaku pasukan diwakili ramai kelompok pemain berbangsa Melayu, pastinya keputusan dicatatkan negara itu mengundang rasa kecewa buat penyokong-penyokong dari rumpun sama iaitu dari Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Brunei satu-satunya pasukan belum mempamerkan peningkatan dalam aksi bola sepak ASEAN berbanding Laos, Kemboja dan Timor Leste yang melalui proses peningkatan beberapa tahun sejak kebelakangan ini.

Sekiranya Brunei tidak dapat keluar sebagai status pasukan belasahan, saingan di ASEAN boleh disifatkan sebagai membosankan.

Skrip ulangan berulang dengan Thailand, Malaysia, Vietnam, Malaysia dan Singapura mendominasi kelompok pasukan yang memberikan cabaran dalam saingan Piala AFF atau kejuaraan bawah umur.

Timor Leste, Laos dan Kemboja pula belum mampu untuk muncul pasukan terbaik namun peningkatan dalam corak permainan ketiga-tiga pasukan itu setidak-tidaknya tidak memberikan laluan mudah kepada pasukan lain.

Pada satu lagi aksi Kumpulan A Thailand menang tipis ke atas Filipina 1-0 manakala tuan rumah Indonesia sedang menentang Vietnam.

Aksi Kumpulan B Kejuaraan membabitkan Malaysia akan bermula pada Selasa ini dengan skuad remaja kebangsaan akan menentang Kemboja.

RENTAS7 / FOTO: Football Association of Brunei

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.