Kecualikan tol bukti kerajaan tak peduli rakyat

Dato' Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Tindakan kerajaan Madani menghentikan tol percuma pada musim perayaan seperti mana tradisi sebelum-sebelum ini menggambarkan ketidakpedulian kerajaan kepada rakyat.

Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, pengumuman Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk menamatkan pengeculian tol telah membebankan ramai lagi rakyat marhean.

“Kerajaan Madani kena prihatin kepada rakyatnya sapertimana janji-janji menifesfeto PRU mereka.

“Jangan lah merampas apa yang pernah kerajaan terdahulu berikan kepada rakyat Malaysia,”katanya.

Beliau berkata, tindakan kerajaan mengecualikan tol pada musim perayaan tahun ini tidak sepatutnya berlaku ketika kos sara hidup meningkat tinggi.

“Api naik air naik minyak naik barangan dapur naik, beras tempatan tiada, semuanya menekan rakyat. Janji PRU satu pun tidak dilaksanakan.

“Apa yang berlaku hari ini kerajaan saolah olah menghukum rakyat. Tunggu sampai masanya rakyat pula akan menghukum kerajaan yang tidak bertimbang rasa,”katanya.

Beliau berkata, tekanan demi tekanan kerajaan kepada rakyat akan meluaskan lagi jurang kemiskinan di negara ini.

“Sepatutnya rakyat sudah sedikit terbeban di musim perayaan. Tetapi dengan langkah tidak wajar ini, lebih ramai rakyat tersepit dan kemiskinan akan bertambah besar.

“Rakyat perlu sedar kerajaan hari ini tidak membantu hidup rakyat. Kerana itu kepimpinan bermula daripada kesedaran dan kesedaran bermula daripada rakyat,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.