Jurulatih Malaysia kemudi kelab bola sepak Bangladesh

Raja Isa kanan menjadi jurulatih pertama melatih kelab bola sepak Bangladesh

KUALA LUMPUR– Khidmat jurulatih tempatan terus ditagih pasukan bola sepak luar negara.

Selepas Datuk K Rajagobal dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brunei, seorang lagi jurulatih tempatan mendapat tempat di luar negara.

Memetik Vocket, Raja Isa Raja Akram Shah,54,dilantik sebagai jurulatih kepada kelab Liga Premier Bangladesh, Muktijoddha Sangsad KC selama semusim.

Beliau yang juga anak kelahiran Selangor pernah memimpin pasukan UITM FC serta pernah melatih beberapa kelab bola sepak ternama di Indonesia.

Raja Isa dilaporkan berangkat ke Bangladesh pada 27 Disember, menjadi jurulatih pertama dari Malaysia mendapat tempat di negara itu.

Rentas7.com