JPN Kedah agihkan bantuan makanan kepada golongan memerlukan

ALOR SETAR– Seramai 91 orang yang terdiri daripada pengawal keselamatan, pekerja kebersihan dan anggota khidmat sokongan (AKP) menerima sumbangan berupa barangan makanan keperluan harian daripada warga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), hari ini.

Mereka merupakan petugas di Jabatan Pendidikan Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar, PPD kubang Pasu dan Pusat Kurikulum Negeri Kedah.

Sumbangan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Abd Aziz Selaiman.

Sumbagan diserahkan di lobi JPN

Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa terima kasih kepada semua warga pendidik yang sangat prihatin kepada golongan yang sangat-sangat memerlukan perhatian dan keperluan barangan makanan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID 19.

Beliau berharap agar usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Terdahulu, sumbangan dilakukan di lobi JPN Kedah.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.