Ada yang tak tahu jalan ditutup

BALING– Jalan Weng- Durian Burung di sini masih ditutup ekoran tanah runtuh beberapa bulan lalu.

Tinjauan mendapati jalan berkenaan ditutup kepada semua jenis kenderaan. (gambar).

Bagaimanapun, pemilik kenderaan terutama kereta dilihat masih melalui jalan berkenaan ekoran tidak mengetahui maklumat penutupannya.

Mereka bagaimanapun berpatah balik ketika sampai di kawasan sekatan jalan.

Menurut penduduk, laluan mungkin akan dibuka pada Mac selepas kerja-kerja pembaikan jalan selesai.

Jalan Durian Burung- Weng menghubungkan daerah Baling ke daerah lain iaitu Sik, Alor Setar, Padang Terap termasuk ke negara jiran, Thailand.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.