GTR Burger kini dibuka di Perlis dan Sabah

GTR Burger yang dibuka di Kampung Medan Kangar

ARAU-Gerai Burger GTR secara rasmi dibuka buat julung kali di Negeri Perlis dengan ia dibuka di Kampung Medan Kangar.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Koperasi Kelab GTR Malaysia Berhad, Nordin Mat dalam status Facebooknya malam ini.

“Ada dua tiga bijik lagi akan di pacak bulan ini insyallah

“Jadi dah boleh nyanyi lagi dari Perlis sampai lah ke Sabah, GTR Burger sudah adaa (ada),”tulisnya.

Dalam status berasingan Nordin menyatakan perniagaan GTR Burger diluaskan hingga ke Sabah.

“Sementara itu di AsiaCity Kota Kinabalu juga memulakan operasi hari ini.

“Dan ada 3 lagi stall di Kunak dan Tenom akan di buka minggu ini,”katanya.

GTR Burger jenama makanan ringan dimiliki Muslim negara kini sedang meningkat naik hasil kualiti dan kelazatan dimilikinya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.