Venezuela B-21 gagal ‘makan’ Indonesia B-19

Skuad B-19 Indonesia

KUALA LUMPUR-Faktor fizikal tidak menghalang skuad bola sepak Indonesia Bawah -19 tahun (B-19) mempamerkan aksi menakjubkan pada aksi Kumpulan B Kejohanan Toulon Perancis malam ini.

Meskipun tewas 1-0 kepada Venezuela B-21, pasukan Indonesia berjaya memberikan tentangan sengit kepada lawan yang mempunyai fizikal lebih tinggi dan tegap sekaligus menafikan lawan mereka untuk menang lebih besar.

Berdasarkan statistik perlawanan, Indonesia menghasilkan empat percubaan tepat dan tujuh percubaan tepat oleh Venezuela.

Gol Venezuela hanya hadir pada minit ke-70 menerusi jaringan Adrian Jose selepas gagal menembusi pertahanan ampuh wakil pasukan dari Asia Tenggara itu.

Penguasaan bola kedua-dua pasukan juga tidak jauh apabila Indonesia menguasai 47 peratus permainan dan 57 peratus milik Venezuela.

Dalam pada itu, tuan rumah Perancis yang menghantar skuad B-20 tewas 4-2 kepada Panama B-23.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.