Enam suspek ditahan, saki baki kumpulan diburu

Salah seorang suspek yang ditahan

PADANG BESAR-Enam lelaki warga Thailand sudah ditahan semalam susulan insiden pertempuran di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar Perlis dengan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, empat daripada mereka ditahan di Thailand manakala dua lagi ditahan di Malaysia oleh pasukan Komando VAT69 dan PGA Batalion 3.

Menurutnya, berdasarkan maklumat Polis Thailand, tiga lelaki yang cedera ditangkap ketika mendapatkan rawatan di Songkhla dan Hatyai.

Beliau berkata, lelaki keempat ditangkap selepas siasatan terhadap tiga lelaki berkenaan dibuat.

“Dua daripada rakyat Thailand (tiga suspek) itu cedera di bahagian paha dan lever, yang cedera di leher itu kritikal,”katanya yang dipetik daripada Astro Awani semalam.

Tegasnya, saki baki kumpulan akan terus diburu pasukan keselamatan kedua-dua negara.

Kejadian jam 3 pagi itu mengorbankan Koperal Baharuddin Ramli,54 manakala anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari,39, mengalami parah.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/warga-tempatan-turut-jadi-dalang-serang-anggota-pga/

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan mendapati dua kumpulan terlibat dalam serangan itu dan turut didalangi warga tempatan.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/dua-aggota-pga-diserang-di-sempadan-seorang-maut/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.