Syiah terkeluar daripada Islam

KUALA LUMPUR– Akidah pengganut fahaman Syiah terkeluar daripada Islam kerana meminda syariat ALLAH.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika berkongsi isi kandungan kuliah Jumaat yang disampaikannya hari ini.

Menurutnya, mazhab Syiah melampaui batas dan terkeluar daripada Islam seperti golongan al-Ismailiah al-Waqifah dan Ghulatus Syiah.

“Akidah golongan Ghulatus Syiah ini terkeluar daripada Islam kerana meminda syariat Allah.

“Mereka akhirnya berpecah kepada beberapa mazhab seperti al-Saba’iyyah, al-Ismailiah, al-Batiniah dan al-Qaramitah,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, golongan tersebut membatalkan hukum syariat iaitu tidak mempercayai kepada hari kebangkitan, hidup semula selepas mati dan menolak adanya malaikat dan jin.

“Malah terdapat fahaman-fahaman mereka yang tersebar ke Alam Melayu seperti mentakwil dengan akal akan huruf-huruf permulaan surah seperti Yasin, Nun, Alif Lam Min, ajaran Nur Muhammad dan ajaran martabat tujuh dalam tasawuf,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.