LANGKAWI- Mayat wanita sarat mengandung ditemukan terbelit pada tali sebuah bot karam tanpa nombor pendaftaran. Mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu di kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika utara muara Kubang Badak semalam. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi Abdulllah berkata, Bot Petir 81 dari Ibu Pejabat Maritim ...

TAWAU- Seorang wanita Indonesia cuba menyeludup masuk barang bernilai puluhan ribu ringgit ke Sabah, semalam. Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dipatahkan oleh polis pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Ia membabitkan 20 kotak gula merah Indonesia, sekotak kotak perikuk kukus, 12 buah kuali kawah, enam kotak kuali aluminium, satu karung penyapu dan pelbagai barangan lain. Komander ESSCOM DCP Datuk ...

KUALA LUMPUR-Pemandu dan jururawat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang maut selepas kereta pacuan empat roda dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki. Seorang lagi mangsa iaitu pegawai perubatan mengalami kecederaan dan telah Hospital Tengku Ampuan Afzan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kemalangan berlaku pada pagi tadi. Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan menghantar Pasukan ...

SEMPORNA- Kegiatan kes curi dan rompak yang sebelum ini berleluasa di kawasan perairan Inderasabah, Tawau sejak kebelakangan ini akhirnya ditumpaskan. Ia selepas pasukan khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin menangkap tiga lelaki Filipina yang mendalangi aktiviti itu. Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, tiga suspek berkenaan telah ditahan secara berasingan di dua ...

KUCHING- Empat warga Indonesia bukan sahaja masuk secara haram, malah menyeludup masuk kayu bergergaji ke negara ini melalui jalan yang tidak sah. Tindakan mereka bagaimanapun digagalkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen), semalam. Sel Perhubungan Raya, Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata, mereka ditahan sepasukan anggota tentera yang sedang melaksanakan rondaan keselamatan sempadan ...

JITRA- Sebuah surau Al Falah Megat Dewa di sini terpaksa dikunci selepas dijadikan 'port' penagihan dadah. Imam Surau, Isa Jaafar berkata, surau kini hanya dibuka ketika solat fardu jemaah sahaja. "Dah tiga atau empat bulan surau itu terpaksa dikunci di luar waktu solat gara-gara tindakan tiga lelaki menghisap dadah dalam surau ketika luar waktu solat. "Perbuatan mereka dihidu pihak surau ...

KUALA LUMPUR-Tiga individu dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara. SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki pertama, Clement Chen Wei Chein,35, mempunyai alamat terakhir di 12 A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras Kuala Lumpur dan No 20 Canary Residensi, Jalan CH ...

SUNGAI PETANI- Seorang lelaki maut selepas terkena letupan pemadam api kenderaan dalam kejadian di Bandar Puteri Jaya, hari ini. Mangsa Mohamad Yusri Omar,43, bekerja separuh masa dengan membaiki peralatan elektronik bagi menambah pendapatan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian jam 1.15 petang itu, mangsa dikatakan sedang membaiki radio yang dihantar rakannya. Menurutnya, rakannya yang ...

SANDAKAN- Taktik lelaki tempatan bersama rakannya warga Filipina menyembunyikan muatan dadah dalam sebuah perahu kayu dikantoikan Pasukan Polis Marin (PPM). Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPN Sandakan DSP Rusdin Banin berkata, lelaki tempatan berusia 38 dan lelaki Filipina berusia 41 tahun itu memiliki dadah di perairan laut Tabangka, Sandakan. Menurutnya, pegawai dan anggota PPM yang sedang melakukan rondaan awal pagi tadi ...

LUMUT- Sebanyak 40 buah bot nelayan Indonesia menceroboh perairan negara pada kedudukan sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak semalam. Kesemua bot itu bagaimanapun diusir keluar oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, kesemua bot tersebut milik nelayan Indonesia yang mempunyai empat orang awak-awak termasuk tekong bagi setiap bot. ...