Dua petugas KKM maut kemalangan

Keadaan kenderaan dinaiki petugas KKM selepas terlibat kemalangan

KUALA LUMPUR-Pemandu dan jururawat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang maut selepas kereta pacuan empat roda dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki.

Seorang lagi mangsa iaitu pegawai perubatan mengalami kecederaan dan telah Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kemalangan berlaku pada pagi tadi.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.

“Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang terkorban ketika melaksanakan tugas.

“Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.