KOTA KINABALU- Runtuhan tanah setinggi 150 meter memusnahkan dua buah rumah di kawasan lereng bukit di Batu 18, Jalan Kimanis-Keningau dalam kejadian satu pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.51. Menurutnya, siasatan mendapati dua buah rumah tersebut tidak berpenghuni dan terdapat sejumlah rumah lain yang dibina di kawasan itu. ...

LAHAD DATU- Lelaki Filipina berusia 47 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPN) bersama 2,500 bungkus rokok berjenama tidak bercukai kelmarin. Pegawai Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu Sabah, Superintenden Gan Ping Sing berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan PPN Lahad Datu telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam pada jam 11.30 pagi. Menurutnya, ...

BATU PAHAT- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengusir 28 kru bot nelayan Indonesia setelah menceroboh perairan negara pada kedudukan 14.8 batu nautika barat daya Tanjung Labuh semalam. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot berkenaan diusir pada jam lima petang setelah dikesan oleh Bot Benteng Zon Maritim Batu Pahat yang sedang melaksanakan Op Benteng dan ...

KUANTAN-Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dalam kejadian kira-kira 24 batu nautika Timur Kuantan pada jam 10.30 pagi semalam. Mangsa adalah nelayan tempatan, Muhammad Aminullah Azmi berusia 29 tahun masih belum ditemui. Pengarah Maritim Negeri Pahang, Datuk  Amran Daud berkata, operasi Cari Alamat  telah diaktifkan pada jam 10.50 pagi semalam dengan Bot Maritim Malaysia Kilat 50 yang sedang ...

JOHOR BAHRU- Dua lelaki tempatan yang menjadi dalang penyeludupan 130 karton dan 50 kotak minuman keras ditahan Pasukan Polis Marin (PPN) dalam dua serbuan berasingan semalam. Operasi diketuai dua Pegawai Kanan dan 11 anggota Unit Risikan Marin PPM Wilayah Dua, Johor Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdulllah berkata, dalam serbuan pertama, PPN berjaya mengesan dan mengekori sebuah kenderaan. ...

KUALA LUMPUR- Lelaki  yang menghina kedudukan Raja-raja Melayu dan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu diletakkan dalam senarai dikehendaki oleh polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) telah memulakan siasatan ke atas rakaman berdurasi satu minit 33 saat yang mempunyai kencederungan menghasut. Menurutnya, lelaki berusia 38 tahun, alamat terakhirnya ialah Jalan Tan Sri ...

KUALA LUMPUR- Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia yang memasuki negara ini secara tidak sah ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, hari ini. Mereka ditahan dalam satu serbuan pada jam 6.30 pagi ketika sedang bersembunyi dalam hutan berhampiran pesisiran Pantai Longok Felda Tenggaroh, Johor. Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kesemua Pati ...

JITRA- Seorang pelajar tahfiz cedera dalam satu insiden kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Ulumarrahimiyah di Lorong Alif di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.23 petang. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati dua blok bangunan bersambung sedang terbakar di tingkat atas dengan anggaran kemusnahan dianggarkan sebanyak 30 peratus. ...

LANGKAWI- Dua lelaki terbabit dalam kes curi motosikal jenis Yamaha 125Z di Kampung Ketapang Kedawang di sini ditahan polis. Ketua Polis daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dua lelaki warga tempatan termasuk warga Indonesia itu ditahan pada 14 September lalu. Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan pada jam 10 pagi sebelum berjaya mengesan mereka pada jam 7.30 malam hari ...

SIK- Sebuah rumah dua tingkat hangus terbakar dalam satu kejadian di Kampung Dusun petang tadi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang. Menurutnya, setibanya pasukan di lokasi mendapati api sedang marak membakar sebuah rumah dua tingkat. "Kebakaran melibatkan kemusnahan hampir keseluruhan rumah dan anggaran peratus kebakaran adalah 90 peratus dan tidak melibatkan mangsa. ...