BN kenduri besar di DUN Chini

KUALA LUMPUR– Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini terus menjadi milik BarisanĀ  Nasional (BN) dengan kemenangan besar dengan majoriti 12,650 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain meraih 13,872 undi menewaskan dua calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli yang masing-masing mendapat 1,222 undi dan 137 undi.

PRK DUN Chini berlangsung susulan bekas wakil rakyatnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun,60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada 7 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur.

PRK kali ini menyaksikan Pakatan Harapan tidak meletakkan calon mereka.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.