Bom meletup, tiga askar parah

NARATHIWAT- Tiga anggota tentera parah dalam insiden letupan bom yang diletupkan berhampiran  jalan raya di Tempat 7 Mukim Lubok Sawo daerah Bachok, semalam.

Mangsa cedera dikenali, Praset Merangkuntut, Somkiat Manatpiantong dan Pitpau Saupun

Lokasi bom diletupkan

Media tempatan melaporkan, letupan berlaku jam 8 pagi waktu tempatan ketika tiga anggota terbabit melakukan pemeriksaan lalu lintas di jalan raya tersebut.

Menurut tentera seperti dilaporkan, bom itu disembunyikan dalam satu lubang berhampiran lokasi kejadian.

Bagaimanapun, jumlah serta jenis bom digunakan tidak dilaporkan secara jelas.

Krisis di selatan Thailand gagal ditangani sejak lebih sedekad lalu. Umat Islam selatan Thai sering menjadi mangsa tangkapan dan pembunuhan tentera.

Thai yang kini dipimpin Perdana Menteri baharu  Prayut Chan-o-Cha dilihat masih mengamalkan pemerintahan tentera.

Prayut pada Mei 2014 mengetuai junta tentera melakukan rampasan kuasa bagi menstabilkan negara daripada kacau bilau politik.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.