“Biar Mahathir tentukan mahu jadi khadam DAP atau tidak”

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sewajarnya mengakhiri karier politiknya dengan bersekongkol dengan DAP.

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, bekerjasama dengan DAP merupakan satu kesilapan besar kepada bekas Perdana Menteri itu.

“DAP jelas sebuah parti yang rasis, pemecah kaum Melayu dan menghina Islam. Bahkan mereka tidak sesekali reda jika syiar Islam ditegakkan di negara ini.

“Malangnya, Tun Dr Mahathir membiarkan dirinya digunakan DAP. Inilah satu perkara yang menyedihkan rakyat Malaysia yang beragama Islam,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, Tun Mahathir bagaimanapun masih mempunyai peluang untuk membuktikan keputusannya bersama DAP satu kesilapan.

“Keputusan itu hanya ada padanya, biar Tun Mahathir tentukan mahu menjadi “khadam”kepada DAP atau tidak,”katanya.

Beliau berkata, DAP tidak akan berdiam diri selagi tidak merampas kembali kuasa daripada orang Islam.

“Hari ini kerajaan kita dipimpin majoriti orang Melayu beragama Islam. Walaupun masih baru tetapi mereka menunjukkan model pemerintahan yang baik.

“Berbeza dengan DAP, walaupun baru 22 bulan berkuasa, mereka telah berani mencabar perkara-perkara sensitif membabitkan kaum asal iaitu orang Melayu termasuk agama Islam,”katanya.

Mustaffa berkata, peluang diberikan ALLAH untuk mengembalikan kuasa kepada umat Islam daripada Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP perlu disyukuri dan diambil iktibar.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.