“Mana ada orang Islam yang membenci Islam seperti Siti Kasim”-netizen

KUALA LUMPUR-Status agama peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim diragui berikutan sikapnya yang amat alergik dengan Islam.

Menerusi posting pengguna Facebook, Shy Feu Din, dia hairan mengapa seorang wanita yang bernama Siti Kasim amat membenci Islam.

“Tuan-tuan, walaupun aku bukanlah orang yang arif tentang agama, tapi aku berani mengatakan Siti Kassim bukan orang Islam.

“Mana ada orang Islam yang membenci Islam seperti dia. Mana ada orang Islam yang menentang segala undang-undang berkaitan Islam seperti dia. Mana ada orang Islam yang mengajak ke arah kemungkaran sebanyak dia,”katanya.

Katanya, Siti Kassim menjadi orang pertama membantah bagi apa sahaja yang dilakukan oleh umat Islam.

“Seolah-olah dia adalah wakil bagi penentang Islam. Dan dengan menggunakan nama NGO Sister In Islam, mereka menganggap mereka adalah suara orang Islam yang mahukan kemajuan.

Status dimuat naik pengguna Facebook tersebut

“Bersama “partnernya” yang sama seperti dia, Asiah Abd Jalil. Kakak kepada Ali Abd Jalil, yang menghina Islam dan Sultan, dan Adlin Abd Jalil, perempuan yang mengajak murtad secara terbuka,”katanya.

Katanaya lagi, Siti Kasim dinasihati berhenti berpura-pura sebagai seorang Muslim sekiranya masih lagi menghina agama Islam.

Peguam yang lantang menentang Islam, Siti Kasim

“Kami tidak rasis, kita masyarakat berbilang kaum. Bagimu agamamu, dan bagiku agamaku.

“Tapi orang -orang ini? Mereka bukan Islam, dan berhentilah konon-kononnya menjadi suara orang Islam. Masih lagi menganggap dia Islam?

“Dengan segala penghinaan mereka terhadap agama ?Aku tidak. Mereka bernasib baik negara ini ada undang-undang. Tapi selama mana undang-undang dapat menahan amarah kami?,”katanya.

Peguam berfikiran liberal itu sering kali muncul dengan kenyataan kontroversi dengan terbaru mengatakan sekolah tahfiz perlu ditutup sekiranya arak diharamkan di Malaysia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.