Banduan terlepas ditangkap semula

Jabatan Penjara Malaysia

KAJANG– Banduan yang terlepas daripada kawalan anggota pengiring semasa di Mahkamah Kajang pada 27 November lalu telah ditangkap semula.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, lembaga siasatan ditubuhkan untuk menyiasat secara menyeluruh kejadian berkenaan termasuk melihat aspek pematuhan prosedur kerja ketika bertugas.

Menurutnya, jika terdapat kecuaian, tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil ke atas mana-mana pegawai yang terlibat.

“Sebarang kenyataan berhubung dengan penjara tanpa kebenaran turut menyalahi peraturan sepertimana ketetapan Peraturan-peraturan Penjara 2000,”katanya.

Kenyataan berkata, sehubungan itu, Jabatan Penjara juga telah mengambil tindakan dalaman kepada pegawai penjara yang memuatnaik video makluman kes kelarian melalui aplikasi Tik Tok .

Jelas kenyataan, tindakan itu telah menimbulkan kegusaran awam dan dalam masa yang sama perbuatan tersebut adalah salah dari segi etika kerja penjawat awam.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.