PKWR Kupang pastikan penduduk tidak terputus bekalan makanan

Najmi kiri mendengar luahan penduduk

KUPANG– Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang pantas menyalurkan bantuan kepada 10 buah keluarga terputus bekalan makanan di Taman Desa Anggerik, hari ini.

Pegawai tugas-tugas khas PKWR Kupang, Ramli Ahmad berkata, setiap keluarga menerima kupon bernilai RM30.

Menurutnya, penerima kupon boleh ditebus dengan pembelian barangan makanan di kedai-kedai yang ditetapkan

Najmi tengah, wakil NGO, Mohd Zaid Ab Mokti dari kiri menyampaikan bantuan kupon kepada penduduk

“Sebaik menerima aduan daripada wakil NGO, PKWR DUN Kupang bergegas menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Setiap kupon boleh ditebus dengan pembelian makanan asas seperti beras (lima kilogram), sebotol kicap, dua paket tepung gandum dan sepaket gula,”,katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang Brigadier Jeneral (B) turut hadir bagi menyantuni penduduk di taman berkenaan.

Ramli berkata, setakat ini hampir 600 buah keluarga terjejas makanan akibat COVID-19 dalam kawasan DUN Kupang telah dibantu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.