Huni rumah dhaif bersama anak-anak kecil..

KUALA KETIL-Rumah serba dhaif jadi tempat tinggal tujuh beranak di Kampung Tembak A di sini sejak lebih setahun lalu.

Ia didiami sepasang suami isteri, Riduan Mohamad Ghoni,40, dan Rosliza Rosli,37, bersama lima anak berusia dalam lingkungan satu tahun sehingga 13 tahun.

Rosliza berkata, rumah dalam keadaan uzur itu dibina atas tanah arwah datuknya.

Kisah keluarga ini turut viral di media sosial

“Sebelum ini di atas tanah yang sama, kami sekeluarga tinggal dalam rumah yang lebih sempit, ia ibarat bilik stor.

“Lama-kelamaan, binaannya telah ditambah dan jadilah rumah seperti sekarang ini,” katanya.

Kata Rosliza, demi anak-anak, dia amat berhajat mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa namun terpaksa dilupakan kerana kekangan kewangan.

Menurutnya, suaminya bekerja sebagai pembantu jualan buah-buahan dengan upah RM25 sehari manakala dia hanyalah suri rumah sepenuh masa.

“Permohonan kepada pihak berautoriti untuk mendapatkan sebuah rumah baru tidak dapat dipertimbangkan oleh sebab status tanah ini adalah kepunyaan arwah tok wan saya,”katanya.

Keadaan rumah lama yang pernah dihuni keluarga tersebut sebelum ini

Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling, Kedah (PERKEBA) turun menziarahi keluarga itu hari ini.

Rosliza berkata, kebajikan keluarganya dalam sudut lain bagaimanapun tetap diberikan perhatian agensi kerajaan.

Rosliza bersama salah seorang anaknya

“Bantuan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat sudah pun lulus kepada kami, dan duit bantuan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk perbelanjaan persekolahan anak- anak.

“Saya ucap terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat yang sudi menziarahi kami sekeluarga sebelum ini,”katanya.

Manakala, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tembak A, Mohd Yusuf Omar berkata, pihaknya sebelum ini pernah membantu keluarga tersebut membuat permohonan mendapatkan kediaman baru.

“Tetapi apabila status tanah yang belum selesai, maka permohonan tidak dapat dipertimbangkan.

“Saya minta selesaikan status tanah ini dulu.. bila sudah selesai status tanah ini,
Insha Allah pihak kami akan uruskan semula,”katanya

Mohd Yusof juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PERKEBA yang sudi menziarahi keluarga tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Kehomat Perkeba, Mohd Nazry Md Bidin berkata, pihaknya tampil menziarahi keluarga itu selepas melihat kisah kehidupan mereka diviralkan melalui laman sosial semalam.

“PERKEBA berharap ada pihak yang sudi membantu keluarga ini walaupun hanya membaiki rumah sedia ada.

Nazry kiri, Jhangir tiga kiri menyerahkan sumbangan barangan makanan kepada Rosliza di depan rumah didiaminya ketika ini

“Semasa kami smpai menziarahi keluarga ini, suami Rosliza tiada dirumah keluar bekerja.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama diberikan oleh MPKK Kampung Tembak A kepada PERKEBA.

“Saya juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada Angkatan Pertahan Awam ( APM) daerah Baling, RELA, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Pejabat Daerah Baling serta semua agensi terlibat bagi kunjungan hari ini”katanya.

Sesiapa ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi mereka ditalian 013-6061539 atau sumbangan melalui akaun bank BSN – 0299541100347344.

Terdahulu Yang Dipertua, PERKEBA, Jhangir Khan Hj Kathem Khan mewakili , Penaung / Penasihat PERKEBA, Tn Hj Mohd Noor Mohd Amin dan Persatuan Sahabat Anak Baling menyampaikan Sumbangan barangan keperluan harian kepada Rosliza.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.