KUALA LUMPUR– Tentera Darat Malaysia (TDM) terlibat dalam membangunkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (4×4) (HMAV 4×4) pertama Malaysia.
Perkara itu disahkan Kementerian Pertahanan Malaysia melalui satu kenyataan yang disiarkan hari ini.
Selain TDM, kenderaan tempur pertama Malaysia yang dihasilkan, MILDEF International Technologies (MILDEF) turut melibatkan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
“Kenderaan berperisai HMAV 4×4 telah dibangunkan oleh pihak Mildef International Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan perkhidmatan automotif untuk industri pertahanan manakala STRIDE dan ATM bertindak sebagai penasihat bagi reka bentuk termasuk pembangunan kenderaan mengikut aplikasi standard ketenteraan,”kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan berkata, usaha membangunkan HMAV 4×4 oleh pihak MILDEF sejak empat tahun lalu bertujuan untuk menyelesaikan cabaran sokongan yang bergantung kepada pembekal antarabangsa.
Menurut kenyataan, ia juga membantu aset pertahanan dalam usaha memantapkan pertahanan negara untuk masa akan datang dengan menggunakan teknologi dan kepakaran tempatan.
“Dilengkapi dengan fungsi artileri, grenad dan anti periuk api, ia turut dipasang dengan tenggekan senjata kawalan jauh atau Remote Control Weapon Station (RCWS) yang membolehkan turet senjata kenderaan itu menembak secara 360 darjah semasa bergerak.
“HMAV4x4 juga mampu bergerak pantas di atas pelbagai bentuk muka bumi malah boleh mencapai kelajuan 110 kilometer sejam,”katanya.
Kenyataan berkata, dengan adanya usaha yang seumpama ini, ia diharap dapat memberikan suntikan baru dalam penghasilan teknologi tempatan setaraf peringkat antarabangsa terutamanya dari aspek ketenteraan.
“Tahniah kepada semua yang terlibat dalam penghasilan kenderaan ini,”katanya.
Artikel berkaitan:
http://rentas7.com/kenderaan-tempur-pertama-malaysia/
Rentas7.com/ Foto: AirTimes








Leave a Reply