Vietnam ikat Korea Selatan, curi satu mata

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 malam ini

KUALA LUMPUR– Skuad Bawah 23 tahun (B-23) Vietnam mencuri satu mata bertemu Korea Selatan B-23 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam aksi Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv, Uzbekistan malam ini.

Dua gol yang terhasil pada separuh masa dijaringkan Young-wook Cho minit ke-63 sebelum Vietnam mengikat kedudukan oleh jaringan Tien Long Vu minit ke-83.

Hasil dua perlawanan Korea Selatan mengutip empat mata manakala Vietnam dua mata.

RENTAS7/ FOTO: AFC Asian Cup

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.