UAS rupanya bekas penuntut UKM

KUALA LUMPUR– Penceramah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) hari ini berkongsi nostalgia di zaman mahasiswa.

Menerusi Facebooknya, UAS memuat naik gambar kad pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sewaktu beliau menuntut di universiti berkenaan.

Tertera di kad berkenaan nama penuh UAS iaitu Abdul Somat Batubara beserta sesi masuk pada tahun 2003/2004.

Kad UKM milik UAS

UAS bukan nama asing dalam dunia Alam Melayu apabila beliau sering tampil dengan kuliyah agama di masjid terutamanya di Indonesia dan Malaysia.

Ceramah agama disampaikan UAS sentiasa menarik kehadiran masyarakat dengan jumlah yang begitu ramai.

Orang ramai juga boleh mendengar setiap ceramahnya melalui saluran YouTube.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.