Polis jumpa sesuatu dalam kereta yang diparkir di…

Sebanyak 14 bungkusan daun ketum ditemui dalam kereta ini

KUALA PERLIS– Sebanyak 14 bungkusan daun ketum yang disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan berdekatan depan Masjid Kampung Seberang Ramai di sini dirampas semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata, semua bungkusan seberat 140 kilogram itu dikesan dalam operasi bersepadu pasukan keselamatan.

“Ketika tiba di lokasi berkenaan, pasukan operasi telah mengesan sebuah kenderaan berisi bungkusan hitam.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut pihak Polis menemukan sejumlah bungkusan hitam yang mengandungi daun hijau, disyaki daun ketum berada di dalam kenderaan terbabit,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut tidak menemukan lain lain barang salah.

“Pihak polis membuat pemerhatian di kawasan sekitar, dan mendapati tiada individu tampil menuntut eksibit tersebut,”katanya.

Beliau berkata, barang rampasan itu tdibawa ke Balai Polis Kuala Perlis, dan akan disiasat dibawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Bungkusan daun ketum yang disembunyikan dalam kereta berkenaan

“Polis akan terus menggiatkan operasi bagi membendung jenayah di sekitar Perairan dan kawasan Kuala Perlis,”katanya.

Operasi disertai sepasukan Polis dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar bersama Unit Risikan Marin, Risik Agensi Kawalan Sempadan Malaysia( AKSEM), Taskforce Balai Polis Kuala Perlis.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.