Lagi petugas kesihatan dihantar ke Sabah

Sebahagian daripada wira-wirawati yang berjuang untuk negara

KUALA LUMPUR– Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Semenanjung terus dihantar ke Sabah bagi membantu penularan wabak COVID-19 di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka terdiri daripada 48 orang Penolong Pegawai Perubatan dan 7 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Menurutnya, kesemuanya bertolak ke Sabah pada pagi tadi.

“Mereka merupakan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia ,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira dan wirawati negara ini,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.