JAKIM tak iktiraf Majlis Ulama Rohingya

KUALA LUMPUR– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan memberikan kelulusan kepada Majlis Ulama Rohingya (MUR).

Unit Komunikasi Korporat JAKIM dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang pengiktirafan diberikan kepada pertubuhan tersebut.

“Berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama Rohingya yang tertera nombor rujukan fail JAKIM pada kepala surat tersebut.

“JAKIM dengan ini menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut,”katanya.

Kenyataan media MUR yang tular sebelum ini

Kenyataan berkata, JAKIM sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966.

Sebelum ini MUR melalui satu siaran media memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sikap seorang etnik mereka yang mencetuskan kemarahan rakyat di negara ini.

Surat beralamat di Kuala Lumpur itu turut memaparkan nombor rujukan fail JAKIM mengakibatkan salah faham dalam kalangan netizen.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.