Kerajaan tolak ICERD

KUALA LUMPUR-Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD)

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Putrajaya hari ini, Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Kata kenyataan itu, di dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.