Negara lain kejar vaksin, Thailand guna herba rawatan COVID-19

Thailand meluluskan penggunaan hempedu bumi bagi rawatan COVID-19

BANGKOK-Ketika kebanyakan negara “mengejar” vaksin, Thailand muncul satu-satunya negara yang berani meluluskan ekstrak herba bagi rawatan awal penyakit COVID-19.

Kementerian Kesihatan Thailand meluluskan tumbuhan herba hempedu bumi ( Androgrraphis Paniculata) untuk merawat individu yang dijangkiti wabak berkenaan, lapor Agensi.

Kementerian Kesihatan Thailand dalam kenyataan berkata, herba berkenaan sudah diuji dan terbukti berkesan melegakan pesakit.

Menurut kenyataan, penggunaan rawatan yang dapat mengurangkan kos itu akan diperluaskan di seluruh Thailand.

Lima buah hospital kerajaan telah ditawarkan kaedah rawatan berasaskan sumber alam itu.

Kata kenyataan lagi, kerajaan menawarkan rawatan itu secara percuma kepada rakyat berusia 18 hingga 60 tahun yang mahu mengambilnya secara sukarela.

Kementerian menetapkan tempoh 72 jam kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19 untuk mengambil rawatan bersumber alam itu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.