Kereta bertembung sesama sendiri

ALOR SETAR– Seorang lelaki patah tangan dan kaki akibat kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Alor Janggus, Napoh petang tadi.

Jurucakap bomba Kedah berkata, kemalangan membabitkan kereta Toyota Corolla SE dan kereta Nissan Grand Livina.

Menurutnya, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.25 petang sebelum tiba di lokasi pada jam 5.41 petang.

“Kereta Toyota Corolla SE yang dinaiki oleh seorang lelaki dewasa telah berlanggar dengan sebuah kereta Nissan Grand Livina dipandu seorang lelaki dewasa,”katanya.

Katanya, pelanggaran di bahagian depan itu menyebabkan pemandu kereta jenis Toyota Corolla SE tersepit manakala pemandu kereta Grand Livina tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tindakan Komander operasi mengarahkan anggota supaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kenderan tersebut menggunakan peralatan khas.

“Tindakan anggota EMRS BBP Bukit Kayu Hitam memberi rawatan awal pada mangsa selepas mangsa berjaya dikeluarkan.

“Pemandu tersepit dan cedera patah tangan dan kaki kanan di bawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Rentas7.com

Foto Ehsan: Bomba Kedah

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.