JAKARTA-Jurulatih dan Pengurus skuad Indonesia, Shin Tae-yong (gambar) tidak bersetuju dengan hasrat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) membawa masuk pemain asing ke dalam pasukan bawah umur. Memetik Kompas, PSSI mahu membawa masuk muka baru dari Brazil bagi memperkuatkan skuad Garuda bawah 20 tahun (B-20) bagi hadapi Piala Dunia 2021. Jurulatih itu dilaporkan lebih selesa membawa pemain yang memiliki keturunan ...

KUCHING-Tindakan DAP Kuching menampal tulisan Cina di beberapa papan tanda jalan raya utama di sini dikutuk hebat dan mengundang kemarahan warga maya. Jalan berkenaan ialah Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang dan Jalan Greenhill. Perbuatan itu disifatkan sangat biadap dan tidak menghormati bulan Kemerdekaan yang akan disambut 31 Ogos ini. Tanpa berselindung, tindakan menampal nama jalan dalam tulisan Cina itu dikongsi ...

BALING- lelaki hilang pendapatan selama empat bulan akibat penularan wabak COVID-19. Lelaki ingin dikenali Yat ,48, berkata, dia menyara keluarga dengan memandu van kilang. Namun katanya, pekerjaan utama itu tidak dapat diteruskan selepas kilang menutup operasi sekaligus menutup 'periuk nasinya'. "Saya memandu van kilang yang diusahakan secara persendirian. Jika ada penumpang ada lah pendapatan. "Apabila kilang menutup sementara operasi mulai ...

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) BN memberikan bayangan untuk tidak bersama PAS sekiranya parti itu mengambil pendirian untuk bersama Perikatan Nasional (PN). Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO kekal dengan pendirian untuk tidak bersama PN. Menurutnya, UMNO juga bersedia untuk hadapi PRU-15 menggunakan lambang dacing secara bersendirian. "Jika benar PAS menyertai PN, UMNO tetap dengan pendirian ...

KUALA LUMPUR- Skuad negara bawah 19 tahun (B-19) masih buntu mencari kemenangan apabila tewas 4-0 kepada Selangor 2 dalam perlawanan persahabatan kedua petang tadi. Bermain di FAS Training Center, Shah Alam gawang skuad negara dirobek dua kali pada setiap babak. Selangor 2 menghasilkan jaringan melalui T Saravanan minit ke-14 dan minit ke-46 dan Nazrin Nasir pada minit ke 69. Minit ...

KUALA LUMPUR-Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan terima kasih kepada PAS di atas kesudian parti itu menerima Bersatu dalam Maufakat Nasional (MN). Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong penyertaan Bersatu. "Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan BERSATU dalam Muafakat Nasional. "Saya amat menghargai sokongan ...

KUALA KETIL- Enam buah masjid dan 28 surau dalam Mukim Tawar diarahkan menangguhkan aktiviti keagamaan. Arahan melibatkan 34 buah surau termasuk masjid itu berkuatkuasa hari ini. Menurut surat dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Baling, penangguhan aktiviti keagamaan itu dibuat atas nasihat jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (PBD). Surat itu antaranya memaklumkan semua surau dalam mukim Tawar diarahkan tutup manakala solat Jumaat di ...

KUALA KETIL-Lengang! itu situasi di Pekan Tawar hari ini. Boleh dikatakan semua kedai ditutup dalam tinjauan Rentas7.com hari ini. Hanya kedai telekomunikasi dilihat beroperasi setakat tengah hari tadi. Bagaimanapun, laluan pekan Tawar yang menjadi penghubung antara pekan Kuala Ketil dengan Kupang dan Baling masih dilalui kenderaan dari luar. Bas, kereta dan penunggang motosikal antara yang dilihat melalui kawasan berisiko itu. ...

KUALA KETIL- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil menggunakan konsep 'Smart Tag" dalam program penyampaian COVID-19 kepada 209 penerima semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, program dengan kerjasama Pejabat Daerah Baling itu berlangsung  di Dewan PKWR Kuala Ketil. "Kita tidak mengadakan majlis berhimpun yang lama sebaliknya diadakan secara 'walk in' di ...

ALOR SETAR- Kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen terbaik dalam memastikan para pelajar selamat daripada dijangkiti wabak COVID-19. Exco Pendidikan Kedah, Brig Jeneral B Datuk Najmi Ahmad berkata, beliau faham dengan situasi ibu bapa yang bimbang menghantar anak ke sekolah khususnya di Baling selepas Kluster Tawar merebak. "Sejak tercetusnya covid 19 Kluster Tawar masyarakat sekitar kelihatan gusar dan risau terutama waris ...