Tak setuju kuatkan Indonesia dengan pemain Brazil

JAKARTA-Jurulatih dan Pengurus skuad Indonesia, Shin Tae-yong (gambar) tidak bersetuju dengan hasrat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) membawa masuk pemain asing ke dalam pasukan bawah umur.

Memetik Kompas, PSSI mahu membawa masuk muka baru dari Brazil bagi memperkuatkan skuad Garuda bawah 20 tahun (B-20) bagi hadapi Piala Dunia 2021.

Jurulatih itu dilaporkan lebih selesa membawa pemain yang memiliki keturunan Indonesia berbanding langkah menaturalisasi pemain belasan tahun dari Brazil.

“Saya mencari pemain yang berdarah Indonesia kerana itu penting untuk perkembangan bola sepak di sini, agar levelnya dapat meningkat,”katanya yang turut memikul tanggungjawab melatih Indonesia B-20.

Tae-yong pernah memimpin skuad kebangsaan Korea Selatan di Piala Dunia 2018 menewaskan Jerman 2-0 di peringkat kumpulan.

Indonesia pada Januari lalu diumumkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai tuan rumah Piala Dunia (B-20) pada 2021.

Malaysia antara pasukan yang mencuri slot dalam saingan penuh prestij itu.

Bagaimanapun anak buah Brad Maloney perlu layak ke separuh akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan, Oktober ini terlebih dahulu.

Rentas7.com/Foto: Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.