KANGAR- Mufti Perlis merayu kepada jemaah tabligh yang belum membuat pemeriksaan bagi mencegah COVID-19 selepas terlibat perhimpunan di Sri Petaling supaya berbuat demikian. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beberapa pihak memaklumkannya bahawa masih ada jemaah tabligh yang belum melakukan pemeriksaan. "Dengan rendah diri menyusun jari saya merayu kepada sahabat-sahabat Tabligh yang dikasihi, di Negeri Perlis,. "Juga di luar ...
PEKAN- Dua buah kapal asing yang menceroboh perairan negara ditahan Jabatan Perikanan Negeri Pahang dalam satu operasi kawasan Tanjung Sekokoh Pekan, hari ini. Jabatan Perikanan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, dua buah kapal asing tersebut ditahan pada jarak 43.2 batu nautika dan 44.6 batu nautika dari Tanjung Sekokoh Pekan. "Operasi melibatkan kekuatan 10 orang anggota dan dua bot peronda. "Seramai ...
KUALA LUMPUR- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan perlawanan CIMB Liga Super 2020, Liga Perdana, M3, M4, Piala Belia dan MPFL 2020 akan diadakan tanpa penonton. Keputusan itu dibuat berdasarkan situasi terkini wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Hamidin berkata, perlawanan tanpa penonton berkuatkuasa bermula Jumaat (hari ini), Sabtu dan Ahad sebelum kesemua perlawanan ditunda. "Seterusnya, ...
KUALA LUMPUR- Memohon doa dan restu ibu untuk menggalas amanah sebagai Menteri Alam Sekitar. Itu dilakukan Menteri Alam Sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meluangkan masa menziarahi ibunya yang uzur dan diserang strok. "Lewat malam semalam pulang ke kampung untuk menziarahi Ibu yang uzur. Beliau terkena strok lebih setahun lalu. Saya mohon doa dan restu darinya untuk menggalas amanah yang cukup ...
ALOR SETAR- Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyokong penuh komitmen Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, PAMM yakin usaha menangkap Jho Low bagi membantu siasatan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) terbuka luas berdasarkan pengalaman yang ada pada Hishamuddin. "PAMM menyokong sepenuh ...
IPOH- Perak mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan saingan CIMB Liga Super apabila menewaskan PJ City 2-0 di Stadium Ipoh, malam ini. Ia perlawanan pertama Perak di gelanggang sendiri musim ini. Gol kemenangan pasukan Perak dijaringkan Shahrul Saad minit ke-23 dan pemain Thierry Chantha Bin minit ke-63. Aksi lain menyaksikan Kedah sekadar seri 1-1 menentang UITM, Felda United menang ...
KUPANG- Kerajaan negeri Kedah tidak dapat lari daripada tempias perubahan politik di peringkat Persekutuan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (gambar) berpandangan, situasi politik di Persekutuan akan mempengaruhi suasana politik di negeri. "Dalam konteks hari ini (di Kedah) keadaan masih tidak menentu. Tetapi apa yang berlaku di peringkat Persekutuan, ia mempengaruhi negeri-negeri lain, ditambah dengan kejatuhan ...
KUALA LUMPUR-"Saya sering memohon agar Allah tidak bebankan saya dengan suatu jawatan yang menyusahkan saya nanti di akhirat, dan mengharapkan pertolongan Allah dengan amanah ini,". Demikian kata, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar. Menurutnya, beliau tidak menduga akan diserap ke dalam Kabinet kerana menyedari tanggungjawab dipikul amatlah berat. "Saya tidak menduga akan ...
SUNGAI PETANI- Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mempersoal kewibaan Tan Sri Annuar Musa yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (kiri gambar) berkata, menteri itu pernah direhatkan daripada tugas ketika bekerja di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) "Beliau pernah direhatkan daripada tugasnya iaitu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 2017. "Mengapa ia direhatkan? Saya berpandangan ada ...
BALING- Persatuan Pencinta Alam Baling (PPAB) kesal dengan kenyataan berat sebelah seorang aktivis terhadap Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Setiausaha PPAB, Mohd Zaid Ab Mokti berkata, kenyataan aktivitis berkenaan hanya bersifat andaian dan kurang bijak. "Menteri berkenaan belum pun memulakan tugas tetapi sudah ada kenyataan yang berat sebelah terhadapnya. "Kenyataannya itu ibarat kenyataan bodoh. Seperti bayi baru ...













