SUNGAI PETANI-Pelbagai pihak mendesak Tan Sri Tommy Thomas segera meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara. Bagi rakyat khususnya, keputusannya untuk  membebaskan 12 lelaki didakwa pengganas sebagai pengkhianat negara. Semalam, Tommy mengumumkan untuk memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 individu terkait kumpulan pengganas, Harimau Tamil Ealam (LTTE). Keputusannya "memberi muka" kepada pengganas mengundang kemarahan banyak pihak. Malah ramai yang tidak senang duduk apabila ...

PARIT PANJANG – Pondok –pondok agama yang tumbuh di Kedah sekitar awal 70 an menjadi teras kekuatan akidah umat Islam di negeri ini. Kemuculan pondok secara tidak langsung melahirkan kesedaran masyarakat terhadap cara hidup bersyariat. Salah satu penyumbang terbesar pondok negeri ini terhadap Islam ialah Madrasah Misbah Al Falah atau lebih dikenali sebagai Pondok Lanai. Pondok bertempat di Kampung Banggol ...

KOTA BHARU-Isteri kepada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) menyatakan kekesalan terhadap keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 individu terkait kumpulan pengganas, Harimau Tamil Ealam (LTTE). Wanita ingin dikenali sebagai Aminah,41, berkata, keputusan berkenaan amat berat sebelah buat keluarga tahanan SOSMA. "Bagi saya ini sangat tidak adil, kenapa dia (Peguam Negara) buat macam tu? Jika nak ...

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) membuka tawaran dana Program Malaysia Social Innovation (MySI) 2020 bermula dari 20 Februari 2020 sehingga 20 Mac 2020. Tawaran dana ini terbuka kepada semua Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun, Universiti Awam, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Berhad dengan Jaminan (CLG). Dana ini sebelumnya dikenali sebagai Program MOSTI Social ...

KUALA LUMPUR- Sebuah badan penyiasatan Greenpeace, mendedahkan Malaysia menjadi lokasi pembuangan sisa plastik haram dari Itali. Memetik laporan Al Jazeera, Greenpeace mendapati 1,300 tan sisa plastik haram dihantar syarikat-syarikat dari Itali dalam tempoh sembilan bulan pada 2019. Firma Itali dilaporkan menghantar 43 daripada 65 penghantaran plastik haram kepada perniagaan yang tidak mempunyai kebenaran undang-undang atau peralatan teknikal yang diperlukan untuk ...

BALING- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bayu mengorak selangkah ke hadapan apabila buat julung kalinya menawarkan pendidikan percuma setiap bulan kepada masyarakat. ADUN Bayu, Abd Nasir Idris berkata, usaha itu dilakukan dengan kerjasama beberapa pihak sejak Januari lalu. Menurutnya, antara kursus telah dianjurkan ialah berkaitan kaedah berniaga dan penulisan berita. "Dengan kemampuan yang terbatas, kita dengan kerjasama beberapa pihak ...

KUPANG- Sibuk dengan jadual yang padat tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang untuk sentiasa menziarahi penduduk di kawasannya. Dalam kunjungan hari ini, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad menziarahi Zulkifli Md Daud,52, dan Abdullah Lembut,82 di Kampung Sungai Tembak. Najmi berkata, kunjungan beliau pada hari ini bagi melihat dan bertanyakan khabar penduduk terutamanya mereka yang uzur dan sakit ...

ALOR SETAR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah menyokong kenyataan Naib Presiden PUTRA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bahawa parti itu bukan pemecah kaum Melayu. Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, penjelasan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dalam satu pertemuan bersama kumpulan NGO dan barisan pembangkang di Kuala Lumpur baru-baru ini cukup jelas. "Dalam pertemuan itu beliau (Azam) menegaskan ...

SUNGAI PETANI- Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad memohon orang ramai mendoakan kesihatannya supaya dapat kembali ke medan dakwah. Beliau berkata, dirinya pada pagi semalam diserang penyakit yang menjejaskan tahap kesihatannya selain menjejaskan penglihatannya. Menurutnya, ketika kejadian hanya dia berseorangan di rumah manakala isteri dan anaknya bekerja. "Dengan rendah diri saya mohon tuan-tuan dapat mendoakan kesihatan buat diri saya ini yang ...

SUNGAI PETANI- Tindakan menyita serta merobohkan tiga struktur bangunan inap desa di sini kelmarin dibuat selepas pemiliknya dikesan menceroboh tanah milik kerajaan. Memetik laporan Berita Harian online, tindakan itu menurut Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri, Datuk Mohamad Che Nai diambil mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) I965. Menurutnya, maklumat diperolehi, tanah seluas I.I3 hektar berkenaan telah diceroboh sejak ...