KUALA LUMPUR-Timbalan Presiden Amanah bertegas ucapannya yang didakwa menghasut hanya sekadar memperingatkan semua pihak supaya jangan bermain sentimen agama dan kaum. Datuk Seri Salahudin Ayub berkata, beliau memberikan peringatan itu apabila pembangkang memainkan sentimen agama sewaktu berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Menurutnya, di bilik gerakan BN ,seorang penceramah daripada parti yang mendakwa parti agama telah menyatakan calon ...

KUALA LUMPUR- Malaysia menumpaskan Maldives 2-1 dalam  perlawanan latihan tertutup di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Malaysia dibimbing Tan Cheng membuka tirai jaringan minit kelapan menerusi Syahmi Safari. Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Maldives mengikat kedudukan pada minit ke-60 oleh Ahmed Rizuvan. Gol kemenangan Malaysia dijaringkan pemain gantian, Baddrol Bakhtiar pada babak ketiga, minit ke-72 Maldives, ranking ...

SIK- PAS Kedah menuntut polis menyiasat kenyataan berbaur hasutan yang didakwa diucapkan Menteri Pertanian dan Asas Tani dalam perjumpaan tertutup di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Johor. Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) berkata, kenyataaan dikeluarkan Datuk Seri Salahuddin Ayub menunjukkan beliau berpandangan ekstrim apabila membayangkan PAS dan BN akan melakukan huru-hara jika mentadbir negara. Menurutnya, ...

  BANGKOK- Lapangan Terbang Thailand (AOT) sedang mempertimbang untuk menutup dua daripada enam lapangan terbang di negara itu. Presiden Lapangan Terbang Thailand (AOT), Nitinai Sirismatthakarn berkata, lapangan terbang tersebut ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai di wilayah Songkhla dan Mae Fah Luang - Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Rai. Menurutnya, langkah itu mungkin diambil ekoran kekurangan jumlah penerbangan pesawat di dua ...

Kemas kini KUALA LUMPUR- Penjaga gol simpanan skuad negara, Ifwat Akmal Chek Kassim (gambar) yang bermain untuk Kedah digantikan dengan penjaga gol JDT bagi kem latihan pusat Harimau Malaya, esok. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan Jurulatih Kebanggsaan, Tan Cheng Hoe memanggil Muhammad Haziq Nadzli,21, bagi digantikan dengan Ifwat berusia 23 tahun. Muhammad Haziq diminta melaporkan diri esok ...

SABAH- Cubaan menyeludup 6,500 liter minyak petrol oleh dua individu di perairan Semporna digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( Maritim), semalam. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim, Norrimi Hassan berkata, dua individu berusia lingkungan 31 hingga 35 tahun itu ditahan selepas bot jongkong dinaiki mereka bergerak dalam keadaan mencurigakan pada jam 1.00 pagi. Menurutnya, minyak yang diisi dalam 260 tong ...

KUALA LUMPUR-Gol penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin menentang Kemboja malam tadi boleh disifatkan paling gila dalam sejarah bola sepak dunia. Pada minit ke-67 Luqman yang menerima hantaran ke belakang rakan sepasukan meledak gol dari kawasan bulatan di tengah padang. Rembatan kencang itu melepasi pertahanan dan memerangkap penjaga gol lawan untuk Malaysia B-18 menjarakkan kedudukan dengan tuan rumah. Gol sebegitu ...

PHNOM PENH- Skuad negara B-19 bergelut sebelum menang 5-4 ke atas tuan rumah Kemboja bagi perlawanan  Kelayakan Kejuaraan AFC 2020 Kumpulan G di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh, malam ini. Skuad negara yang turun dengan misi memburu kemenangan selesa dengan jaringan 3-0 pada babak pertama. Shafi Azswad meletakkan Malaysia pada minit ke-30 sebelum Fakrul Iman dan Azrin Afiq melebarkan jaringan ...

Kemas kini JAWA TIMUR-Lelaki yang disyaki merogol sembilan wanita termasuk remaja bawah umur memberikan alasan bodoh untuk mempertahankan salah satu tindakannya. Ketika ditemui media Indonesia, suspek berusia 24 tahun mengakui merogol salah seorang mangsa selepas wanita itu menjalinkan hubungan cinta dengan adiknya. Remaja berusia 19 tahun itu telah diperdaya sebelum dirogol di rumah penginapan di Desa Tunggorono, Kabupaten Jombang Jawa ...

KUALA LUMPUR- Pas sering kali diserang terutamanya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) walaupun bukan parti itu yang bertanding. Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman (gambar) berkata, situasi itu dapat dilihat pada PRK yang telah berlalu. "Di Semenyih, UMNO yang bertanding, PAS yang diserang. Di Tanjung Piai, MCA yang bertanding, PAS juga yang diserang,"katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, semua itu ...