Ifwat digantikan dengan penjaga gol JDT

Kemas kini

KUALA LUMPUR– Penjaga gol simpanan skuad negara, Ifwat Akmal Chek Kassim (gambar) yang bermain untuk Kedah digantikan dengan penjaga gol JDT bagi kem latihan pusat Harimau Malaya, esok.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan Jurulatih Kebanggsaan, Tan Cheng Hoe memanggil Muhammad Haziq Nadzli,21, bagi digantikan dengan Ifwat berusia 23 tahun.

Muhammad Haziq diminta melaporkan diri esok menjelang perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada 9 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Haziq dipanggil sertai latihan esok

Selepas menguji Tajikistan, skuad negara akan melayani kunjungan Thailand dan Indonesia di stadium sama pada 14 dan 19 November bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Ifwat yang merupakan penjaga gol utama Kedah dibolosi tiga gol ketika bertemu JDT di pentas akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Rentas7/ Foto Berita Harian dan FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.